Tuesday, 26 December 2017

I'm back

Hai.

Lama giler tak update blog. Kalau rumah ni, dah jadi rumah usang. Ni dah hujung tahun kan? Kenapa tetiba update blog? Err sebab patah hati. Aku updatelah apa yang jadi kat hidup aku sepanjang tahun ni.

1. Pregnant
Jeng jeng jeng. Aku pregnant lagi tau, untuk kali ketiga. Sekarang dah masuk 28 minggu. Kandungan kali ini sangatlah best, takde apa pun. Rasa macam tak peknen pun ada. Perut aku macam biasalah, kecik. Dah masuk 7 bulan ni pun orang tak pasan aku peknen. Due date aku bulan mac tahun depan. Semalam baru terhegeh-hegeh listkan barang yang aku perlu bagai. Dah anak ketiga kan, takdelah prepare bagai nak rak cam masa anak pertama dulu. Aku tengok baju bebudak ni semua masih elok lagi, jadi tak payah beli banyak sangat.

2. Jantina adik baby
Belum tahu lagi. Kahkah. Asben aku busy nau lately ni, jadi takde masa nak teman aku pegi scan. Bukan aku mengada tak boleh scan sendiri ye, tapi biarlah papa dia tengok baby sekali. Bila dia ada masa, aku pulak busy. Alahai...takpe baby, bulan depan mama papa tengok awak.

3. Tia Clarissa
Anak perempuan sulung mama. Rissa tahun depan masih tadika di Qdees. Sama je macam tahun ni. Rissa dah besar dah sekarang, perangai sebijik macam mama. Muka pun iras aku, orang katalah. Rissa dah pandai baca sikit-sikit. Tahun depan ni aku nak fokus untuk pastikan rissa pandai baca dengan lancar.

4. Eddie Garcia
Budak manja kededek ni. Eddie pun dah besar gak, tahun depan masuk dua tahun. Tapi yang kelakarnya, gigi dia ada 8 jer. Pastu habit dia suka hisap ibu jari. Stress tengok. Puas aku halang, tapi dia asyik nak hisap. Geram! Eddie belum pandai cakap. Dia reti cakap mama, papa, kakak, no, no way,ball..

Aku benarnya nervous jugak untuk eddie sebab macam dekat sangat jarak dua tahun dia dengan adik baby. Tapi aku harap dan doa semua ok jelah.

5. Mr Husband
Asben aku sekarang dah serius jadi part time trainer di gim. So kalau mencari trainer nak sadokan badan atau kuruskan badan ke, boleh pegi facebook ST GYM & Fitness Centre ( aku tak boleh letak link pulak ni).

6. Bercuti
Tahun depan masa birthday mak mertua aku, kami akan pergi bercuti. Yeay! Tapi bercuti kali ni aku tak over excited, sebab peknen kot. Kereta sewa pun baru uruskan last week padahal nak pegi tu tak lama lagi. Kalau ada masa lebih, nanti aku update pasal percutian ye.

7. Target tahun 2018
Tahun 2018 kami suami isteri nak bebas hutang kecil. So, sekali jer bercuti, pastu fokus settlekan semua hutang kecil dan save duit supaya tak payah berhutang lagi. Kereta kami dah lama habis bayar. So oklah kot. Semoga semuanya ok tahun depan.

Saturday, 22 April 2017

Buat sendiri shower cream



Hai.

Sekarang I tengah ada misi untuk berjimat dan menyimpan duit. I ada satu impian yang I nak capai sebelum I 35 tahun,jadi I boleh usaha selama 6 tahun lagi. Okeylah, I suka guna shower cream untuk mandi. Selalunya I guna shokubutsu. Refill untuk shokubutsu 500ml selalunya paling murah pun RM5. Tapi susah nak jumpa harga tu.

So I fikir,apa kata I buat shower cream shokubutsu sendiri? I google cara buat mandian ni dan rupanya cara dia senang je. I letak cara buat sendiri krim mandian ni ye.

Bahan-bahan :

Seketul sabun (I guna shokubutsu)
Bekas kosong untuk letak shower cream
Air 1500 ml

Cara buat :





Parut sabun hingga halus. Boleh jugak guna food processor. Ambil masa dalam 15 minit.



Panaskan air. Bila hampir mendidih,masukkan sabun. Kacau hingga semua sabun ni larut.

Biarkan selama 12 jam.



Esoknya,korang akan tengok cecair ni jadi pekat. I kacau lepas tu,blend hingga isi dia bercampur elok.

Bila dah siap,tuang dalam bekas. Siap!



Cara ni sangat jimat tau. I beli 3 buku sabun tu dengan harga RM3.60 je. Bayangkan seketul boleh jadi 1 liter shower cream. Jimat gile kan? Kira sebotol mandian kita cuma berharga RM1.50 camtu je..

posted from Bloggeroid